Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Lupa dan terlupa....

4/26/12

Alamak!!!! Terlupa lagi......huhu

 Ungkapan yang selalu aku lafazkan...dan kini makin kerap, sejak di bangku sekolah lagi, semua rakan-rakan telah mengenali aku dengan sifat ini. Meraka yang rapat memang sudah sedia maklum dengan ini. Sabar je mereka dengan sifat aku ni.

Sememangnya lupa adalah sifat manusia, tapi kadangkala sifat lupa saya agak luar biasa, setelah lama bergelumang dengan sifat ini, akhirnya saya akur bahawa inilah saya. Bukan tiada usaha nak mengatasi, tapi setiap kali ingin diatasi, sifat pelupa ini akan datang lebih kerap dan semakin menakutkan.hihi

Aku tak kesah jika sifat lupa aku ni hanya menyusahkan diri aku. Yelah, dah sampai satu tempat, mesti ada yang lupa nak bawa, dengan sabar aku akan berpatah kembali untuk ambil. Itu biasa. Beli barang di kedai, terus keluar, barangnya ditinggalkan di kedai. Pusing balik ambil. Kadang kala geram dengan diri sendiri, tapi sebab dah selalu berlaku aku hanya mampu tersenyum bila ia terjadi lagi.

Yang aku kesah adalah apabila sifat lupa ini menyusahkan orang lain. Jika ada yang memminta tolong tetapi akhirnya aku tak dapat tolong akibat terlupa. Ini akan buatkan aku rasa kesal. Malah lebih dikesalkan apabila ia melibatkan tanggungjawab dalam tugas rasmi atau dalam organisasi. Terasa sungguh malang dan malang itu terkena orang lain. Sungguh menyedihkan. huhu. Terbaru aku disuruh membawa sampul surat dari pusat peperiksaan ke bilik kebal. Selepas aku meletakkan sampul itu di dalam kereta, aku menelefon seseorang dan perlu pergi ke suatu tempat. Akhirnya aku lupa untuk hantar sampul surat itu hingga ramai yang menunggu aku di bilik kebal. Tahan je la kene maki dengan penjaga bilik kebal. Aduh!!!

Kerana kesalahan sendiri, perlu terima je cercaan orang, walaupun aku menerimanya, sebagai manusia tetap ada rasa kesal dan sedih dengan diri sendiri kerana menyusahkan orang. Tidak mengapa jika aku lupa dan hanya memudaratkan diri, tapi sungguh memalukan jika melibatkan ramai orang. Alhamdulillah lupa yang menyusahkan orang ini jarang terjadi. Tapi bila terjadi sekali pun sungguh menyakitkan hati.

Tak fokus dan bukan 'Multitasking'
Setelah di amati, aku memang bukan orang yang selalu fokus. Jika solat boleh dijadikan sebagai kayu ukur, memang tak sah kalau solat tak ingat benda dunia lain. Waktu solatlah macam-macam benda keluar dalam ingatan. Tak banyak solat aku boleh betul-betul fokus. Dalam buat kerja, kalau aku buat kerja tak habis, susah nak sambung balik. Yang bagusnya aku dah tahu dri aku begitu, jadi aku selalunya akan cuba habiskan dan tak mahu tangguh. 
Aku bukan multitasking. Jika aku bercadang untuk melakukan banyak perkara apabila keluar bandar, pasti ada yang aku lupa dan terpaksa pergi semula semata-mata untuk melakukan satu perkara itu. Jika ada banyak tugas, aku akan keliru untu melakukan yang mana dulu. Tapi alhamdulillah dah ada kesedaran untuk 'manage' betul-betul. Tapi tetap ada yang salah dan tersilap dalam urusan tu. Dan bila timbul kesedaran, kesedaran tu tak berpanjangan. Apalahdayaku....

Bila sesuatu tu dah jadi gaya hidup, tingkahlaku...hanya kecekalan boleh mengubahnya. Boleh nak cekal, tapi tak berpanjangan. Jika ada tips bagaimana nak elakkan penyakit lupa, bermurah hatilah share dengan aku, aku amatlah menghargainya.....
Posted by Insan Biasa at 6:00 PM  
1 comments
Anonymous said...

Salam.

Saya pernah google tentang masalah ini kerana ianya pernah/masih (sekarang berkurang dgn baik)menimpa saya.ia dipanggil 'brain fog'. masih tak ada ubat utk masalah ini dalam bidang sains.cuma ada bg tips2 nutition yg perlu diambil.sbnrnya ramai yg menderita penyakit ini.sebagai umat islam,jgn lah kita berputus asa.bagi saya ubatnya cumalah dgn meminta kepada Allah.sekiranya masih tak sembuh juga pun,anggaplah ia suatu kurnia yg semakin mendekatkan kita kpd Allah.ladang pahala bila kita bersabar.tidaklah tuhan jadikan sesuatu dgn sia2.kerana penyakit inilah,saya kembali pd Allah.walaubagaimana pun,dari sudut perubatan islam,pemakanan kismis mmg membantu dlm mngatasi penyakit lupa,juga buah gajus goreng tanpa minyak(kawan dpt tips dari ustaz) selawat sebelum makan.

July 1, 2012 at 12:45 AM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png