Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Hadith Kelapan : Penyakit Umat-Umat Terdahulu

5/31/09

Kita sedang tenggelam...apa perlu buat?

Dari Abu Hurairah Ra .. katanya: Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, "Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pemah menimpa umat-umat dahulu. "Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah : (1 )terlalu sombong, (2) terlalu mewah, (3) mengumpulkan harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) dengki-mendengki, sehingga jadi zalim menzalimi."
(HR. Hakim)

Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini menular dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan jiwa itulah mereka terdorong untuk mencari harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diturutkan tentunya mereka akan menggunakan segala cara dan tipu muslihat. Saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak, yang ada hanyalah kecurangan, khianat, dengki mendengki dan sebagainya. Marilah kita renungkan maksud Hadits ini, dan marilah kita memperhitungkan diri sebelum kita diperhitungkan di hadapan Allah pada hari qiamat nanti.

Penulis : Perkara yang selalu berlaku pada kita dan sekeliling. Kita menyangka kita sihat, tetapi sebenarnya kita sakit. Nauzulillah..
Posted by Insan Biasa at 12:32 AM 0 comments  

Kenapa Apalahdayaku?

5/28/09


Kenapa blog ni nama apalahdayaku? lemahnya bunyi..Kelakar dan lain-lain. Tidak kurang yang ketawa sinis ketika aku 'promote' blog ni. Aku pun turut ketawa ketika mereka ketawa. Sememangnya mereka patut ketawa. Aku boleh nak jawab 'suka hati aku la, blog aku'. Tapi sebenarnya ada kisahnya. Di sebalik pemikiran sepontan semasa nak cari alamat yang sesuai untuk blog ini. Mungkin ada sesuatu yang aku sendiri dah lama fikirkan. Maka inilah jawapanku.

Apalahdayaku...La haulawala... Inilah perkataan yang terkeluar di fikiranku semasa nak cari alamat blog ni. Satu doa untuk memohon pertolongan dan aku yakin ramai yang hafal dalam arabnya yang bermakna (tiada daya upayaku melainkan dengan bantuannu Ya-Allah). Maka lahirlah nama ini tertaip dalam blogger.

Apalahdayaku..Merujuk kepada rasa tak terdaya rasanya nak menolong diri untuk tolong orang lain. Berat rasanya beban untuk menyampaikan sesuatu yang berguna kepada orang lain. Sedangkan aku sendiri kerap tersungkur dan hanyut dengan dunia yang begitu menggoda ni. Bagaimana aku nak perbaiki orang lain sedangkan diri sendiri selalu jatuh rosak. Mungkin inilah salah satu caranya. Dari segi sosial sebenarnya aku sedikit kekurangan. Mungkin dengan menulis aku bolah menyampaikan sesuatu dan aku harap ianya berguna walaupun tak ramai yang nak baca. Seperti kata-kata pesanan Bedi-uz-Zaman Said Nursi, "The skill is not by having many listeners but to earn the good pleasure of Allah".

Apalahdayaku? atau apakahdayaku? adalah satu persoalan untuk diri sendiri tentang kemampuan diri ini. Bagaimanakah seorang budak lemah yang suka makan aiskrim ni nak jadi seorang yang hidup untuk agamanya? Terdayakah dia mengikuti perjuangan orang terdahulu ketika menegakkan agamanya? Dalam keadaan sekarang memang sangat jauh. Tapi kita perlu sentiasa berusaha menjadi lebih baik. Walaupun kadang-kala jadi lebih teruk kerana terhanyut seketika. Mungkin boleh bertahan dengan pimpinan keluarga, sahabat dan redha Allah SWT. Semoga hidup sementara ini digunakan dengan sepenuh baiknya. Tolonglah betulkan aku. Apalahdayaku...
Posted by Insan Biasa at 5:02 PM 1 comments  

Gerakan Freemason Sedunia - Harun Yahya


Alhamdulillah, setelah seminggu aku habis lagi baca satu lagi buku Harun Yahya. Gerakan Freemason Sedunia. Buku tak tebal pun. Sebab sifat malas yang tebal. Dah seminggu baru nak habis baca. Apa pun aku nak kongsi sedikit berkenaan pembacaan ini. Walaupun ada yang lebih memahami tentang freemason ni, aku tetap nak keluarkan pendapat. Setelah membaca sekerat dua..Sampaikanlah ilmu itu walau se-ayat pun..Betul tak..?

Freemason secara umumnya adalah gerakan anti agama. Walaupun mereka tetap menjalankan beberapa upacara ritual, mereka tetap menolak Tuhan. Gerakan ini hanya percaya manusia yang mempunyai kedudukan tertinggi akan dianggap sebagai Tuhan. Tidak hairanlah gerakan ini berasal dari Mesir purba yang mengagungkan firaun sebagai Tuhan kerana kedudukannya. Gerakan inilah yang telah memesongkan semua agama samawi yang telah dibawa oleh Nabi-nabi terdahulu. Walaupun pada asalnya mereka beragama, kerana terpengaruh kepada simbol-simbol dan catatan Mesir purba, mereka sanggup mengubah sedikit demi sedikit agama samawi yang sebenar sehingga menjadi sesat lagi menyesatkan. Dikhabarkan freemason mula wujud sejak zaman Nabi Allah Sulaiman AS. Dimana Nabi Sulaiman sememangnya mempunyai nikmat untuk mengawal segala kehidupan termasuk angin dan syaitan. Maka fahaman mereka adalah manusia ini patut disembah. Sedangkan Sulaiman seorang yang taat da patuh pada perintah Allah. Inilah permainan syaitan yang cuba memasukkan kesesatan dalam lubuk hati manusia yang lemah dan jahil. Sehungga boleh mewujudkan tentera syaitan yang berada di kalangan manusia. Nauzubillah.

Gerakan freemson meneruskan agendanya menekankan fahaman anti agama kepada manusia hingga ke hari ini. Sehingga mereka yang bijak pandai juga boleh terpengaruh dengan dogma penipu yang dihujjahkan seperti benar. Freemason adalah satu lagi musuh Islam yang cuba memberi gambaran tentang aspek sebenar ketuhanan dari segi Islamnya. Freemason menyokong apa sahaja fahaman anti-agama seperti darwinisme, humanisme dan komunisme walaupun matlamat perjuangan mereka berlainan. Ternyata freemason hanya ingin merosakkan aqidah manusia daripada kepercayaan kapada kuasa Yang Esa. Walaupun mereka masih gagal merosakkan agama suci ini kerana Allah SWT telah menjamin kesucian Islam hingga hari kiamat, mereka berusaha mengubah pemikiran Muslim. Tidak mustahil serangan pemikiran yang melibatkan golongan muda kini terlalu hebat dan hanya sedikit yang 'survive'. Jika berkesempatan, bacalah buku ini. bolah 'download' di internet juga. Nak baca terus di internet pun boleh. Terima kasih kepada harun yahya yang berjaya mengungkap satu lagi tajuk yang menarik dan berguna hingga orang yang malas membaca pun boleh baca.

P/S : Semasa aku 'syok' membaca buku ni, aku terkejut menjumpai perkataan Sefiroth(saluran darah dan wajah-wajah Tuhan) dan Jenovah(Tuhan). Untuk sesiapa peminat Final fantasy mesti pernah jumpa perkataan ni. Dalam filem 3D yang aku pun suka. Final Fantasy Advent Children. Menurut filem ni, Sefiroth adalah askar yang ingkar kerana terkena virus jenovah(yang aku faham la). Dah namanya final fantasy, tak hairanlah fantasinya sama dengan freemason yang jauh daripada kebenaran. Cuma fantasi.
Posted by Insan Biasa at 3:27 PM 0 comments  

Hadith Ketujuh : Golongan yang sentiasa menang

5/25/09



Dari Mughirah bin Syu'bah Ra. ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Senantiasa di kalangan umatku ada golongan yang selalu menang (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah pada suatu waktu yang dikehendaki Allah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.
Mereka senantiasa menang. (HR. Bukhari)


Keterangan
Allah SWT telah menjadikan Umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta’ala berjanji akan memelihara kitab-Nya (Al-Qur'an) dan berjanji untuk melahirkan generasi demi generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin di permukaan bumi ini.

Kalau kita teliti sejarah Umat Islam mulai zaman permulaan pengembangannya hingga hari ini, kita akan mendapatkan Umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu dimulai dari golongan Musyrikin di Makkah, Munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah, seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Mongol dan bangsa Tartar yang menghancurkan peradaban Islam di Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijriyah. Begitu pula halnya dengan pembunuhan terhadap kaum Muslimin ketika jatuhnya kerajaan Islam di Andalus (Spanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai peralatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan di segi pemikiran dan kebudayaan. Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda Umat Islam di sepanjang sejarah, namun mereka masih wujud dan masih mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia hari ini.

Walaupun dewasa ini ada di kalangan Umat Islam yang tidak menghiraukan Urusan agama, tetapi masih ada golongan yang bersungguh~sungguh untuk mempelajari agama dan memperjuangkannya. Walau pun banyak di kalangan Umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya, tetapi masih ada golongan yang berakhlak tinggi dan berbudi luhur. Walaupun berbagai syi’ar Islam diinjak-injak di beberapa tempat, tetapi di tempat lain syi’ar Islam masih gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam ditindas dan disiksa pada suatu tempat, tetapi di tempat lain mereka disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya Umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini, hingga sampai pada waktu yang dikehendaki oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Maka pada waktu itu Allah Subhanahu wa Ta’ala akan mematikan semua orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman. Dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang jahat atau orang kafir. Pada waktu itulah akan terjadi hari qiamat.

Penulis : Hari ini umat umumnya tewas dari segi pemikiran kerana dakyah jangka panjang dan perancangan rapi golongan kuffar. Serangan pemikiran yang meranapkan pendangan ummah tentang pentingnya perpaduan seluruh umat Islam dunia. Serangan yang menjadikan umat Islam fanatik dengan semangat nasionalisme dan melupakan sejarah yang pernah menyatukan semua bangsa dibawah satu agama. Sejarah yang membutakan umatnya dengan dengan kecantikan Islam sebagai cara hidup. Tetapi masih sentiasa ada segelintir umat Islam yang sedar akan ini dan golongan ini akan sentiasa ada dan memelihara kesucian Islam sepanjang zaman. Golongan inilah yang dijanjikan Allah akan membawa kembali kegemilangan agama dan maruah manusia. Golongan yang sedang bergerak dalam arus jahilliah dan mereka tidak gentar dengan semua ugutan musuh mereka. Adakah kita dalam golongan ini?
Posted by Insan Biasa at 6:06 PM 0 comments  

Aduh..sakit batang hidung aku...

5/22/09

CINTA ANTA DAN ANTI

'Sesungguhnya mukmin itu bersaudara'..(surah al-hujarat:ayat 10)

"Tidak beriman seseorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai buat dirinya" (Hadis riwayat al-bukhari)

Bagi mereka yang mempelajari kedua-dua ayat dan hadis di atas, apa yang difahami ialah semua mukmin itu bersaudara dan ia juga menerangkan tentang tanggungjawab seorang muslim kepada saudaranya yang lain. Selain daripada kedua-dua ayat dan hadis di atas, berdozen lagi dalil-dalil yang menunjukkan kewajipan seseorang muslim itu mencintai, mengambil berat, membantu, bersikap peduli dan juga mengasihi saudara seagamanya. Perkataan "ukhuwah" yang bermakna "persaudaraan" sering dijadikan tema untuk persaudaran ikhlas yang bertunjangkan iman dan taqwa ini.

Kisah-kisah para sahabat yang berkorban dan berjuang untuk para sahabat masing-masing menjadikan contoh teladan kepada generasi muslim zaman moden. Inilah yag menjadi pengamalan anak-anak harakah islamiah dan dakwah semenjak kebangkitan islam di tahun 70 an.

Kebangkitan islam yang telah menemukan di Malaysia telah kemuncaknya di Malaysia telah menyaksikan pesatnya usaha dakwah, kemunculan sekolah-sekolah agama, bank-bank islam dan pelbagai laig di atas nama islam. Tiada siapa yang dapat menafikan, itu semua adalah hasil daya usaha sama ada secara langsung atau tidak langsung, pendukung-pendukung gerakan islam semenjak tiga dekad yang lalu. Di waktu yang sama, pemikiran barat secular, liberalisasi dan juga budaya hendonisme pesat menular dan bersaing. Keindahan persaingan kedua-dua arus ini telah melahirkan budaya yang baru didalam fenomena yang baru ini ialah persoalan "ukhuwah"

Cinta Remaja Dakwah

Sebagai seorang pensyarah di IPT yang bergelar ustaz, penulis mempunyai peluang yang menarik untuk bercampur dengan para pelajar yang menempuh zaman muda belia mereka. Pelbagai masalah , isu dan juga pengalaman yang mereka bawa untuk dibincangkan. Antara perkara yang sering dibawa berbincang ialah persoalan cinta. Alaf yang serba unik telah menyaksikan bagaimana para remaja dan belia dakwah tidak dapat lari dari fenomena cinta. Menariknya cinta yang mereka alami ini telah di "islamik' kan seperti mana bank-bank, institusi-institusi kewangan lain diislamkan. Maka timbullah istilah "cinta Ukhuwah". Ayat-ayat dan hadis-hadis sering dijadikan alat untuk menjustifikasikan apa yang dilakukan. Menarik lagi gejala ini menular di kalangan mereka yang berkopiah, berserban, bertudung litup,naqib-naqibah usrah dan mereka yang menggunakan ganti nama "ana-anti-anta"

Sms, yahoo messenger,Friendster,email dan lain-lain kemudahan perhubungan era ICT telah menjadi penghubung utama cinta "anta-anti" ini. Ia lebih selamat, kerana tidak perlu berdating seperti pasangan yang tidak islamik. Tidak perlu membazir tambang teksi, tambang bas dan juga membazir membeli kertas kajang berbau wangi dan dakwat yang berwarna-warni seperti mana halnya anak-anak muda lain yang jauh dari arus kebangkitan islam. Bermula denga kata-kata tazkirah, berakhir dengan ikon senyuman, teddy bear dan kadang-kadang gambar wanita bertudung.

Malah ada yang menjadikan kehadiran di seminar-seminar kursus-kursus dan juga wacana-wacana ilmiah sebagai peluang untuk berjumpa. Bagi yang aktif berpersatuan pula, mesyuarat-mesyuarat dan aktiviti-aktiviti persatuan sering menjadi medan pelepas rindu. Alahai….kreatif betul anak-anak muda dakwah alaf baru ini.

Fenomena yang berlaku ini dimeriahkan dan kilosmetikkan lagi oleh nasyid-nasyid melayu yang berpaksikan cinta muda-mudi. Klip-klip video nasyid pun, tajuk-tajuk yang bombastic berbau cinta asmara. Hakikatnya, fenomena cinta "anta-anti"ini semakin ketara dan semakin rancak. Ada yang berakhir dengan perkahwinan, dan ada juga yang kecewa dipertengahan jalan, dan tidak kurang juga yang telah menjerumuskan kedua-dua pasangan ke lembah maksiat. Wal'iyadhubillah…


Salah faham ukhuwah fillah

Teringat juga penulis kepada satu fenomena apabila seorang siswi datang mengadu dia diusik oleh pak lebai. Bukan sekadar sms, kad ucapan hari lahir, kad hari raya, malah sejambak bunga ros di hari lahir juga telah dikirimkan oleh pak lebai tersebut. tidak tahulah penulis apakah tanggapan masyarakat terhadap fenomena seumpama ini. Yang pasti disetiap kad, sms dan di jambangan bunga tersebut terukir kata-kata "ukhuwah fillah kekal abadi"…sekali lagi, makna ukhuwwah disalah gunakan.

Satu kes yang lain pula, seorang siswa meluahkan kekecewaannya apabila dihampakan oleh seorang siswi yang satu "jemaah" dengannya. Beliau tidak sangka setelah berpuluh-puluh minggu mereka bertukar-tukar sms dan tazkirah melalui email, akhirnya siswi tersebut bertunang dengan orang lain yang juga satu"jemaah" dengan mereka. Aduh…lagi hebat daripada filem "love story" yang pernah popular di tahun 70 an dahulu. Yang pasti, sekali lagi tema "ukhuwwah fillah" menjadi "camoufladge" keatas perhubungan antara dua jantina yang ada kesedaran islam ini.

Dalam satu insiden yang lain pula, siorang siswi pernah meminta pendapat penulis. Seorang seniornya yang sedang menuntut di dalam IPT yang sama dengan beliau telah bersungguh-sungguh melamarnya. Walaupun telah ditolak lebih 20 kali, namun si teruna terus melamarnya juga. Sekali lagi slogan "ukhwah fillah" menjadi lapik dan dijadikan bahan ugutan. Jika si siswi tadi menolak lamarannya, maka hatinya akan hancur,dan ia bertentangan dengan mafhum hadis tadi. Oleh kerana bersimpati dengan si senior tersebut, si siswi terpaksa menerima lamaran itu. Menarik bukan "trend" percintaan golongan anta-anti ini.

Seorang siswa juga pernah meluahkan kemarahannya ke atas naqib usrahnya di bilik penulis. Mengapa tidak, tatkala di dalam usrah, berkepul-kepul dalil dan fikrah yang dibawanya. Sampaikan ketika pertukaran ke usrah lain, si naqib meminta siswa tadi agar berbai'ah untuk kekal di dalam perjuangan dan tidak menyertal jemaah lain. Sayangnya, di dalam perjalanan balik kampung, siswa tersebut nampak sang naqib berjalan berpegangan tangan dengan naqibah sekelas mereka… ini yang paling menarik. Lebih hebat lagi,kedua-dua mereka lengkap dengan aksesori berkopiah dan bertudung litup. Jika di zaman 70'an dahulu nescaya apa yang dilakukan oleh sang naqib dan naqibah tersebut bakal menerima cop "kafir" dari pendukung gerakan dakwah yang lain.

Di satu sudut yang lain pula, seorang siswa yang sering menceritakan kehebatan "Abuyya"nya kepada penulis, juga tidak dapat lari dari fenomena cinta ana-anti ini. Penulis amat kagum dengan siswa yang sering muncul dengan baju Melayu berkancing dan juga songkok berwarna-warninya ini. Matanya yang bercelak sahaja sudah cukup untuk rakan-rakan yang lain hormat kepada beliau. Sayangnya atas takdir Allah, ketika penulis berkunjung untuk menziarahi beliau, penulis ternampak gambar seorang Muslimah menghiasi desktop komputer peribadinya. Ditanyakan sama ada itu adik, kakak ataupun emaknya atau mungkin neneknya, beliau menafikan. Beliau terpaksa mengaku bahawa itu adalah "kawan"nya. Yang hebatnya, tertulis di sebelah keayuan wajah gadis tersebut "Ukhwah fillah membawa ke Jannah".

Persoalannya, adakah fenomena ini sihat? Adakah ia sudah islamik? Atau penulis yang ketinggalan zaman sehingga naïf terhadap trend muda mudi masa kini? Ataupun fiqh islamiyy juga perlu diubahkan untuk sesuaikan dengan perubahan semasa. Di dalam artikel yang terhad ini, penulis tidak berhajat untuk memberikan hukuman mahupun pandangan terhadap fenomena yang menarik ini. Biarlah para pembaca membuat penilaian mereka terhadap "sihat" atau tidak sihatnya budaya ini. Semoga ada di kalangan pembaca yang akan dapat memberikan pandangan yang rasional serta boleh diwacanakan.

Sumber : http://haidaralkarar.blog.com/

Posted by Insan Biasa at 5:57 PM 0 comments  

Hadith Keenam : Golongan anti hadis


Dari Miqdam bin Ma'dikariba Ra. ia berkata: Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda; “Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi kemegahannya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadits dari haditsku maka ia berkata: "Pegangan kami dan kamu hanyalah kitabullah (Al-Qur'an) saja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Qur'an kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan". (Kemudian Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam melanjutkan sabdanya): "Padahal apa yang diharamkan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah Subhanhu wa Ta’ala". (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah) .

Keterangan
Laki-laki yang dimaksudkan di dalam Hadits ini ialah seorang yang mengingkari kedudukan Hadits sebagai sumber hukum yang kedua setelah Al-Qur'an. Ia hanya percaya kepada Al-Qur'an saja. Baginya, Hadits bukan menjadi sumber hukum dan tempat rujukan. Golongan ini dianggap telah keluar dari ikatan Agama Islam. Karena ia tidak akan dapat memahami Al-Qur'an jika tidak kembali kepada Hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Al-Qur'an banyak menyebutkan garis-garis besar ajaran Islam dan dalam bentuk global, maka Haditslah yang berfungsi untuk meperinci isi dan kandungan ayat-ayatnya serta menerangkan yang sulit-sulit. Oleh karena itu, syariat tidak akan sempurna kalau hanya dengan Al-Qur'an saja, tetapi ia mesti disertai dengan Hadits Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam.

Penulis : Kita adalah ahli sunnah wal jamaah yang menggunakan Al-Quran dan Hadis sebagai panduan utama. Sememangnya apabila ada yang menolak hadis terutamanya hadis sahih, samalah dia tidak beriman dengan Rasulullah SAW. Luputlah salah satu rukun imannya dan menjadikan manusia ini sesat lagi disesatkan. Sudah ramai orang yang tidak percayakan hadis dan mereka juga ada pengikutnya. Asas kita adalah Al-Quran dan As-Sunnah dan yang bertentangan darinya adalah sesat. Semoga kita dilindungi..Amin
Posted by Insan Biasa at 5:13 PM 1 comments  

Malapetaka Darwinisma..Aku rasa tertipu belajar evolusi..

Aku baru je khatam buku ni..dulu pernah baca.. Tapi tak habis.. Sebab malas nak baca.. Sebab tercabar dengan kawan yang banyak membaca, aku baca juga.. Ternyata tidak sia-sia.. Sesungguhnya Harun Yahya adalah pemikir yang banyak memberi kesedaran kepada masyarakat tentang serangan pemikiran yang telah membuatkan manusia menderita kerana tidak mengenal Tuhan. Sememangnya ramai yang sedar tentang ini. Tetapi tidak dapat mengatasinya kerana kekurangan ilmu dan hujjah untuk membangkang dakyah kejahatan yang menyelubungi manusia. Mujurlah Harun Yahya ini hebat dan telah mengkaji tentangnya dan menutup mulut para evolutionier tentang kepercayaan mereka.

Evolusi adalah teori perperangan.
Aku sangkakan teori evolusi yang aku mula belajar di sekolah ini hanya sekadar teori sains, tetapi rupanya teori ini banyak mempenyaruhi peperangan yang mengorbankan jutaan nyawa. Teori yang mambenarkan sifat haiwan dalam diri manusia sehingga membunuh yang lemah adalah satu keperluan ini menjadi kiblat para diktator dan general seperti Stalin, Lenin, Trotsky, Mao, Pol Pot, Hitler, Mussolini, dan Franco. Mereka merasakan pembunuhan adalah perlu untuk menyingkirkan golongan lemah yang boleh melambatkan proses evolusi. Seperti haiwan. Hanya yang kuat layak hidup.

Tidak percaya Tuhan, punca kemunculan manusia gila.
Sememangnya mereka yang menggunakan teori darwin ini tidak percaya wujudnya Tuhan. Alam semesta yang indah ini hanya hasil kecamuk yang terjadi secara kebetulan. Berkembang dari sesuatu yang tak organik menjadi satu sel, sel itu terevolusi dan ahkirnya wujudlah makhluk hidup di alam ini. Alangkah jahilnya manusia yang menerima teori ini. Mereka merendahkan martabat diri hingga tidak melihat diri ini terjadi dengan penuh tujuan. Mereka hidup hanya kebetulan. Tidak mustahil mereka yang membunuh diri kebanyakannya seorang yang aties dan humanist. Apabila hilang tempat bergantung, jalan terakhir ialah mati. Hilang kebergantungan kepada Tuhan.

Ketakutan aku sebagai bakal guru sains
Teori yang salah ini sebenarnya telah diterima umum sebagai satu cabang ilmu yang berguna kerana tiada lagi orang yang mahu mambantahnya dengan hujjah saintifik. Bagaimana jika aku akan mengajar biologi nanti. Aku juga akan terlibat dengan penipuan ini. Semuga aku akan mendapat jalan bagaimana boleh menerangkan keadaan ini nanti. huhu...
Posted by Insan Biasa at 4:06 PM 0 comments  

Hadith kelima : Umat Islam Akan Mengikut Langkah Yahudi dan Nasrani:

5/21/09


Dari Abu Sa'id Al-Khudri Ra. ia berkata: Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya. "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang Tuan maksudkan?" Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menjawab, "Siapa lagi?" (kalau bukan mereka). (HR. Muslim)

Keterangan
Umat Islam akan mengikuti jejak langkah atau "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hingga dalam urusan yang kecil dan yang remeh sekalipun. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

Pada zaman sekarang, kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ini. Banyak orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru "cara hidup" Yahudi dan Nashrani, baik disedari ataupun tidak. Banyak orang Islam yang telah terperangkap dalam tipu muslihat Yahudi dan Nashrani dan ada pula yang sekaligus menjadi alat untuk kepentingan mereka. Ya Allah ! Selamatkan kami dari mereka.

Penulis : Amat sedih jika kita fikirkan. kadangkala kena pada batang hidung sendiri. Cara hidup oramg kafir sedikit sebanyak telah meresap dalam masyarakat. Dari segi pergaulan, pakaian, muzik, sukan, dan pendidikan pun kita kita nak ikut. Kita bagi macam2 alasan untuk menghalalkan apa yang kita buat. Sedangkan kita tau memang tak elok. Tipu diri sendiri. Barat buat amarican idol, kita ikut bodoh bulat-bulat malaysian idol, barat buat filem kereta, kita bukan saja buat filem kereta, dengan bohsia pun kita buat. Alasan nak timbulkan kesedaran adalah alasan paling bodoh dan alasan ini jelas diterima. Kita juga ke arah pergaulan bebas walaupun masih terkawal. Barat tonjolkan 'couple' sebelum kahwin adalah sangat perlu. kita ikut hinggakan orang yang tak ber'couple' kelihatan asing..Maka beruntunglah orang yang asing..Ya Allah..kuatkanlah kami...
Posted by Insan Biasa at 12:47 AM 0 comments  

Inilah Sejarah kita

5/20/09

Kenapa kita perlu belajar sejarah? Perlukah kita tahu perkara yang lepas? Sesetengah menganggap sejarah cuma tinggal sejarah. mengapa kita perlu berpaling ke belakang? Ternyata ini salah. Kita perlu ketahuinya untuk mengambil iktibar dan mencontohi kehidupan orang terdahulu. Agar suatu masa kita boleh memgembalikan sejarah kegemilangan hasil contoh yang telah kita ambil. Inilah dia, sejarah kita, sejarah Islam, sejarah yang pernah mengangkat maruah manusia ke arah keamanan yang sejati berpandukan ketaqwaan kepada Allah. Inilah dia sejarah yang menjadikan kita seorang muslim. Sejarah yang menjadikan kita seorang yang cintakan keamanan dan boleh mengenal Tuhan yang Esa. Ya...Inilah sejarah kita. Sejarah yang pasti kita contohi dan kembalikan kegemilangannya. Kitalah sejarahnya. kita akan mulakannya kembali.

"...dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa
yang menolong agamaNya. Sesungguhnya Allah Maha
perkasa lagi maha Kuasa" {Al-Hajj:40}

"Iaitu mereka(umat Islam) yang jika kami berikan
kekuasaan untuk memerintah di bumi nescaya mereka
mendirikan solat serta memberi zakat, dan menyuruh
berbuat kebaikan dan melarang dari melakukan kejahatan
dan yang mungkar. dan (ingatlah), bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan."
{Al-Hajj:41}

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan
maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat
mengalahkan kamu..."
{Ali-Imran:160)

"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan
dirinya-yang sedia bersih-bertambah-tambah bersih
(dengan iman dan amal kebajikan)"
{As-Syams:9)

"Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh;
sedang mereka amatlah sedikit"
{Sad:24}

"Oleh itu, bersabarlah(wahai Muhammad),
sesungguhnya janji Allah itu benar; dan
janganlah orang2 yang tidak meyakini apa
yang engkau sampaikan itu menjadikan
engkau rasa gelisah"
{Ar-Rum:60}

Posted by Insan Biasa at 11:58 PM 0 comments  

Hadith Keempat : Ilmu Agama Akan Beransur-ansur Hilang

5/15/09



Daripada Abdullah bin Amr bin 'ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, "Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain." (Riwayat Muslim)

Keterangan:

Sekarang ini alim-ulama sudah berkurangan. Satu demi satu pergi meninggalkan kita. Kalau peribahasa Melayu mengatakan, "patah tumbuh, hilang berganti", peribahasa ini tidak tepat berlaku kepada alim ulama. Mereka patah payah tumbuh dan hilang payah berganti. Sampailah suatu saat nanti permukaan bumi ini akan kosong dari Ulama. Maka pada masa itu sudah tidak bererti lagi kehidupan di dunia ini. Alam penuh dengan kesesatan. Manusia telah kehilangan nilai dan pegangan hidup. Sebenarnya, alim ulamalah yang memberikan makna dan erti pada kehidupan manusia di permukaan bumi ini. Maka apabila telah pupus alim ulama, hilanglah segala sesuatu yang bernilai. Di akhir-akhir ini kita telah melihat gejala-gejala yang menunjukkan hampirnya zaman yang dinyatakan oleh Rasulullah saw. tadi. Di mana bilangan alim ulama hanya tinggal sedikit dan usaha untuk melahirkannya pula tidak mendapat perhatian yang sewajarnya. Pondok-pondok dan sekolah-sekolah agama kurang mendapat perhatian daripada cerdik pandai. Mereka banyak mengutamakan pengajian-pengajian di bidang urusan keduniaan yang dapat meraih keuntungan harta benda dunia. Ini lah realiti masyarakat kita di hari ini. Oleh itu, perlulah kita memikirkan hal ini dan mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Penulis : Masa Di sekolah, Ustaz aku pernah berkata. Antara bukti yang menunjukkan Ilmu Agama beransur-ansur adalah tiadanya pengganti tokoh-tokoh islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Khaldun, Al-Khawarizmi, Ibnu Taimiyyah dan ramai lagi. Kita hanya boleh berbangga dengan mereka tetapi kita tidak dapat mengikut jejak mereka. Kerana ilmu ke arah itu telah hilang. Kini orang jahil ramai yang berkuasa dan apabila mereka memberi pendapat, kita akan mengikuti pendapat itu dengan jahilnya. Hanya sebahagian kecil yang sedar keadaan ini. Apabila sesuatu ilmu itu dibicarakan oleh orang yang bukan ahlinya, maka rosaklah ilmu itu. Semoga kita sedar dan terdiri dikalangan yang sedikit serta ganjil.
Posted by Insan Biasa at 3:10 PM 0 comments  

Guru Pembina Negara Bangsa

Esok merupakan hari untuk mengenang jasa guru. Hari untuk memberi penghargaan kepada pendidik ini dalam cabaran mereka mendidik anak bangsa. Hari untuk menyemai sifat menghormati orang yang berilmu walau di mana jua kita berada. Juga hari untuk membawa masyarakat bermuhasabah bagaimana mereka dahulunya dipimpin oleh seseorang yang bergelar guru. walau setinggi mana pun pangkat yang telah dicapai.

Cabaran Guru

Sememangnya cabaran guru masa kini sangat berat berbanding guru terdahulu. Guru-guru perlu berhadapan dengan masyarakat yang sedang dilalaikan dengan arus pembangunan yang meruntuhkan nilai moral dan rohani manusia. Guru yang berhadapan dengan pelajar yang penuh dengan sifat ingin tahu dan adalah sangat malang jika sifat ingin tahu ini tersaji dengan perkara yang negatif dan merosakkan pemikiran mereka. Guru juga berhadapan dengan pelbagai sistem sekular yang kadang kala menidakkan peranan mereka sebagai pendidik dan sering dipandang enteng. Peranan guru bukan sahaja untuk memastikan pelajar memperoleh A dalam subjek yang diajar. Tetapi membolahkan mereka menjadi manusia yang berguna dalam masyarakat. Semua subjek, Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Agama Islam dan pelbagai lagi bukanlah sesuatu yang diajar sebagai teori semata-mata. Tetapi bagaimana pelajar ini boleh mengadaptasi ilmu itu dalam hidup mereka. Bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik.
Posted by Insan Biasa at 2:31 PM 2 comments  

Hadith Ketiga :Seluruh Dunia Datang Mengerumuni Dunia Islam

5/14/09




Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orangorang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'. Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati". (Riwayat Abu Daud)

Keterangan:
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walau pun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya. Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala “takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt. Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Penulis : Ini amat ketara telah berlaku. Kini barat sibuk menyajikan kita pelbagai jenis hiburan yang boleh mematikan jiwa. Mereka seperti mengerumuni kita dan memberi pelbagai hiburan kepada kita dan kita hanya mengikut dengan taat. Umah Islam sangat ramai. Tetapi bukan semua yang mengamalkan sebenar-benarnya ajaran Islam. Kita menang dari segi kuantiti, tetapi tiada kualiti. ramai di antara kita terjebak dengan penyakit al-wahnu iaitu cintakan dunia dan takut mati. Tidak rela bermati-matian untuk menegakkan Islam. Berbeza dengan umat terdahulu yang hidup dam matinya untuk agama. Semoga kita semua sentiasa sedar dan berusaha memperbetulkan kelemahan diri. Peringatan untuk diri dan sahabat....
Posted by Insan Biasa at 9:45 PM 0 comments  

Walaupun rumah kedai..aku tetap bersyukur..huhu

Tajuk utama akhbar Kosmo hari ini agak mengejutkan aku. Walaupun aku tak beli kosmo..Bila dengar kawan-kawan suruh tengok, buka la kosmo online...Rasa nak tergelak pun ada..Punyalah lama keadaan ni, baru hari ni masuk surat khabar...mesti ada yang dah meletup dan 'fed up' dengan sistem yang sedikit tidak menyebelahi kami ini. Ini menunjukkan pelajar UPSI tabah dengan dugaan. Segala kesusahan belajar diketepikan demi secebis Ilmu Ilahi. Chewah..Kita masih bernasib baik agaknya. Mungkin dulu orang nak belajar, cari sebuah buku tulis pun payah. Semoga lepas ini akan ada usaha untuk menaiktaraf institusi guru ini. Hidup UPSI....
Posted by Insan Biasa at 9:29 PM 0 comments  

Nizar MB Perak, permohonan tangguh keputusan oleh Zambry ditolak

5/11/09


Mon | May 11, 09 | 4:10:57 pm MYT

KUALA LUMPUR, 11 Mei (Hrkh) - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ialah Menteri Besar Perak yang sah.

Keputusan yang dinanti-nantikan dengan penuh debaran oleh seluruh rakyat Malaysia diumumkan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim.

Menurut Abdul Aziz, Menteri Besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri dan beliau merujuk keputusan mahkamah terhadap kes Dato' Stephen Kalong Ningkan.

Sementara itu permohonan peguam Zambry untuk menangguhkan keputusan tersebut bagi mengemukakan rayuan ditolak mahkamah.

Hakim Abdul Aziz dalam penghakiman yang dibacakan mulai jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 2.50 petang tadi berpendapat, Sultan Perak sepatutnya menitahkan Dewan Undangan Negeri Perak bersidang bagi mengemukakan undi tidak percaya kepada Nizar selaku Menteri Besar.

Sambil merujuk kepada kes duluan (precedent) membabitkan Dato' Stephen Kalong Ningkan di Sarawak, beliau berpendapat Menteri Besar baru tidak wajar dilantik selagi Menteri Besar sedia ada belum meletakkan jawatan.

Beliau juga berpuashati bahawa Nizar tidak pernah melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak yang sah seperti didakwa para peguam Zambry.

Para peguam Nizar dalam penghujahan mereka sebelum ini menegaskan bahawa jika Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah, beliau akan mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pakatan Rakyat dan BN kini masing-masing mempunyai 28 kerusi di Dun Perak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac 2008, PAS, DAP dan KeADILan yang kemudiannya membentuk Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi Dun Perak.

Bagaimanapun tiga Adun Pakatan Rakyat pada 4 Februari lalu telah mengisytiharkan diri sebagai calon Bebas dan menyokong BN selepas hilang secara misteri selama lima hari.

Nizar ketika ditemui pemberita berkata akan segera memohon menghadap Sultan Perak bagi memohon perkenan membubarkan Dun Perak dan membuka laluan kepada pilihan raya negeri bagi mendapatkan mandat baru rakyat.

Nizar memfailkan kesnya 13 Februari lalu supaya mahkamah mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah.

Beliau dilantik Menteri Besar pada 17 Mac 2008.

Bagaimanapun ekoran tindakan khianat tiga Adun Pakatan Rakyat itu, BN yang mendakwa mendapat majoriti di Dun Perak telah menghadap Sultan bagi membentuk kerajaan negeri.

Tidak memperkenankan permohonan Nizar untuk membubarkan Dun, Sultan Azlan Shah telah berkenan melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru pada 6 Februari lalu.

Nizar dalam afidavitnya berkata, beliau masih Menteri Besar atas alasan tidak ada sebarang undi tidak percaya dibuat terhadapnya dalam Dun dan beliau juga tidak meletak jawatan.

Zambry diwakili peguam Datuk Cecil Abraham, Sunil Abraham dan Farah Shuhadah Razali. Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail bertindak sebagai pencelah.

Nizar diwakili Sulaiman Abdullah, Mohamed Hanipa Maidin dan beberapa peguam kanan.- tajdid

Sumber - Harakah daily
Posted by Insan Biasa at 6:11 PM 1 comments  

Sabarku ada hadnya???

Sewaktu petang aku bersantai bersama sahabat. Tiba-tiba dia buka topik tentang sabar ni. Ada betulnya juga apa yang diperkatakan.Aku sekadar ingin berkongsi.

Hanafi : Muazzin, ko selalu dengar kan, orang selalu kata 'sabar aku ni, ada hadnya. Nanti aku hilang sabar teruk kau'. Selalu tak?

Muazzin : Betul3...(aku angguk setuju)

Hanafi : Sebenarnya bukan macam tu tau..

Muazzin : Kenapa pula..Takkan nak sabar je orang buli kita...(Aku cuba menyungkil)

Hanafi : Sabar ni mana ada hadnya... Teruskanlah bersabar walau apa pun terjadi..Sebab apa tau..Kan dalam Al-Quran banyak tertulis, "Allah bersama orang yang sabar". Jadi bila sabar kita dah sampai hadnya, Kau rasa masa tu Allah bersama dengan kita lagi tak?

Muazzin : Ooooo. Haah...Betul la...Selame ni kita silap la ek..

Hanafi : Haah..Betulkan la..Tapi dalam sabar tu cuba la cari penyelesaian. Jangan la biar je kita ni bersabar...

Muazzin : Ya...Baik...heheh..Lepas ni kalau aku terpukul kau, teruskan lah sabar tu ya...

Hanafi : Aku akan sabar.. Tapi aku akan cari jalan camne nak elakkan terus dipukul.

Muazzin : Macam mana?

Hanafi : Aku pukul kau dua kali ganda kesakitan aku...hehehe

(kami ketawa)

Fikir-fikirkanlah....
Posted by Insan Biasa at 5:48 PM 0 comments  

hadith Kedua : Dunia Islam Mejadi sasaran Kemusnahan

5/7/09




Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orangorang yang soleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

H.R. Bukhari Muslimi

Keterangan
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain . Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya Umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu, bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Penulis : Kerosakan memang sudah banyak berlaku kini. Oleh kerana banyaknya kemungkaran hingga orang yang beriman juga akan turut mendapat kecelakaan kerana membuiarkan masyarakatnya rosak dengan membuat hal sendiri tanpa berusaha untuk meperbetulkannya. Kita tidak diberitahu bagaimana rupa ya'juj dan ma'juj ini. Adakah mereka juga serupa dengan manusia biasa. Jika benar, mungkin mereka di kalangan kita melakukan kerosakan bukan sahaja pada muka bumi, tetapi pada rohani manusia. Memporak-perandakan masyarakat. Bersamalah kita berdoa terhindar dari kerosakan yang dilakukan ya'juj dan ma'juj ini.
Posted by Insan Biasa at 6:09 PM 0 comments  

Malas berfikir, jenayah yang paling besar...

5/6/09

Assalamualaikum...tadi sahabat(husaini) ajak pergi dengar ceramah Saiful Islam..Sebab selama ni selalu dengar namanya sahaja, Rasa sangat teringin nak dengar beliau bercakap 'life'. Bertolak betul-betul waktu maghrib. Ingatkan dekat je masjidnya. Rupanya jauh. Hampir 15 minit gak terlepas waktu maghrib. Akibatnya solat jamaah berdua je kat belakang. Nasib baik belum mula ceramah. Waktu habis solat, jeling ke belakang, rupanya Saiful Islam pon salah sorang makmumnya.

Mengenal Allah SWT

'Main Point' ceramah beliau berkisar tentang cara mengenal Allah SWT. Ada dua cara mengenal Allah SWT. Iaitu melalui zikir dan fikir. Zikir melalui bacaan-bacaan Al-Quran dan zikir-zikir yang diajar oleh Rasulullah SAW, fikir melalui sekalian pancaindera manusia. Sentiasa melihat persekitaran dan terasa dekat dengan Allah SWT melalui penciptaannya yang maha hebat. Sentiasa memikirkan kehebatan ciptaan alam dan mengkajinya hingga tak boleh dikaji. Itulah hujung akal.

Teruskan Berfikir dan Jawab Pertanyaan

Beliau juga berkongsi tentang kebiasaan masyarakat barat yang sentiasa menjawab pertanyaan anaknya walaupun soalan itu sangat remeh. Jawapan itu diberikan dengan bersungguh-sungguh hingga anaknya puas hati. Kerana jika persoalan yang remeh dipendam akan jadi parah. Biarkan persoalan itu berkembang dan minda juga akan berkembang. Minda yang tidak berkembang akan membantutkan perasaan ingin tahu dan menjadikan masyarakat mundur dan hidup dalam kegelapan. seperti zaman gelap di eropah yang hanya mengikut telunjuk pihak gereja yang menghalang masyarakat berfikir bagi gereja, berfikir adalah satu dosa. Sebagaimana adam yang memakan buah khuldi di syurga kerana sifat ingin tahunya bagaimana buah khuldi itu boleh membuatnya kekal di syurga. Begitulah pandangan mereka. Matinya persoalan dalam minda akan mematikan minda untuk berfikir.

Jangan Matikan Pertanyaan

Justeru ibu bapa perlu banyak meluangkan masa untuk menjawab banyak persoalan anak-anak. Jangan matikan minda mereka dengan tidak menjawab soalan remeh anak. Itulah akibatnya kini kita tidak banyak bertanya. Apabila guru bertanya kepada murid ada apa-apa pertanyaan, tiada siapa mahu angkat tangan untuk bertanya. Semuanya diam sedangkan terlalu banyak persoalan di minda mereka. Semuanya akibat selalu kena 'shut up' oleh ibu bapa. Mereka takut lagi untuk bertanya. Kini masyarakat barat ramai yang memeluk Islam kerana sifat ingin tahu mereka. Mereka semua ingin tahu mengapa media selalu mengutuk Islam terutama selepas peristiwa 11 september. Masyarakat barat ingin tahu menenai Islam sedangkan kita ramai yang lari dari Islam kerana kita tidak mahu tahu tentang agama suci ini. Ada betulnya kata-kata ini. sama-samalah kita fikirkan bagaimana untuk menyelamatkan masyarakat. Semuanya bermula dari institusi keluarga. ketepikan seketika faktor orientalis, yahudi, freemason dan pelbagai lagi. Ibu bapa perlu meluangkan lebih masa untuk menjawab pelbagai prsoalan di benak mereka. kanak-kanak penuh dengan sifat 'inquiri' yang tinggi. Bersama menyelamatkan mereka mendapat pengetahuan yang betul dan benar. Supaya anak-anak kenal Allah SWT dan tahu mengapa mereka beragama Islam dan tahu peranan mereka kelak...
Posted by Insan Biasa at 10:01 PM 0 comments  

Hadith Pertama(2nd edition) : Taqwa dan Perpaduan, Asas Keselamatan di Akhir Zaman

5/5/09

Daripada Abi Nijih 'Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami." Lalu baginda pun bersabda, "Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang meminpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."

H.R. Abu Daud dan Tirmizi

Keterangan

Hadis diatas mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada Rasulullah saw. bagi umatnya, terutama bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu seperti zaman yang sedang kita hadapi sekarang ini. Oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis, iaitu:

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripada golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah kulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini bererti patuh kepada Al Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para kulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Abu Bakar, 0mar, Osman dan Ali r.a.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah waljamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang sempurna ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baru itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (jaitulab bid'ah hasanah).

Penulis: Kini amat sedikit mereka yang mahu mengamalkan cara hidup Islam termasuklah diri ini. Hal ini kerana persekitaran kita amat sekular dengan perkara-perkara lagho yang tidak membina nilai rohani. Roh Islam mati dalam masyarakat. Hanya segelintir yang kuat dan mereka perlu berada dalam satu kumpulan. Jika berseorangan, akan terjerumus dalam cara hidup sekular yang disaji oleh musuh Islam. Hanya pegangan dan amalan yang kuat kepada Al-Quran dan As-Sunnah yang boleh menyelamatkan diri.


Posted by Insan Biasa at 6:26 PM 0 comments  

Hadith Pertama : Jangan Mudah Menyalahkan Orang Lain

Dari AbuHurairah Ra., bahwasanya Rasullullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: "Jika ada seseorang berkata, "orang banyak (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka." (HR. Muslim)

Keterangan
Imam Nawawi ketika menulis Hadits ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin, beliau memberikan penjelasan seperti berikut: "Larangan semacam di atas itu (larangan mengatakan orang banyak telah rusak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian rupa dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri, sebab dirinya tidak rosak, dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka. Maka yang demikian ini adalah haram.

Adapun orang yang berkata seperti ini karena ia melihat kurangnya perhatian orang banyak terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka, dan timbul dari perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya.

Hadits ini sengaja diletakkan di permulaan buku ini supaya menjadi suatu peringatan kepada Umat Islam bila menerangkan Hadits-hadits akhir zaman seperti apa yang dituliskan di sini yang banyak menyingkap tentang kemunduran umat Islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh karena itu, kita coba mengaitkan hadits-'hadits tersebut dengan realiti umat Islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan 'ujub dengan diri sendiri, bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan seenaknya menuding orang lain. Walaupun kerosakan moral umat Islam dewasa ini perlu dibicarakan untuk tujuan perbaikan, namun penyingkapannya itu perlu dalam bentuk yang sihat dan dengan perasaan yang penuh kasih sayang serta dengan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan limpah karunia-Nya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.

Penulis: Selalulah bermuhasabah diri. Jangan cepat berpuas hati dengan amalan yang dilakukan. Mungkin kita sedang diuji olehNya tanpa kita sedari. Sesungguhnya banyak lagi kelemahan yang ada pada diri. Renungan untuk diri dan rakan-rakan.
Posted by Insan Biasa at 6:17 PM 0 comments  

40 hadis akhir zaman



Kita telah lama berada di akhir zaman, begitu banyak tanda yang boleh kit perhatikan kini. Namun kesedaran kepada tanda-tanda ini amatlah sedikit. Itu adalah juga merupakan tanda akhir zaman. Marilah sama-sama kita menyelusuri hadis-hadis sahih tentang akhir zaman untuk menjadikan kita di kalangan mereka yang beruntung InsyaALLAH. Buku 40 hadis akhir zaman adalah hasil tulisan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi(Ahmad Fahmi Zamzam). Terdapat beberapa bahagian dalam buku yang berbeza menunjukkan sedikit perbezaan di mana terdapat buku yang menambah 2 lagi hadis menjadikannya 42. Hadis tersebut adalah tentang ahli ibadah yang jahil dan ulama yang fasiq. Satu lagi hadis adalah tentang lahirnya Imam Mahadi. Kedua-dianya adalah sahih dan buleh juga dirujuk sebagai tanda-tanda akhir zaman. satu lagi perbezaannya adalah hadis pertamanya. Sesetengah buku menulis tentang taqwa dan perpaduan adalah asas keselamatan akhir zaman manakala sesetengan buku lagi menulis tentang jangan mudah menyalahkan orang lain. Marilah sama-sama kita hayati hadis ini. Semoga menjadi pedoman kita di akhir zaman.
Posted by Insan Biasa at 5:54 PM 0 comments  

Memahami Kapitalisma (3rd Version)

5/2/09

GLOBALISASI MODAL

PUTRAJAYA 22 April - Kerajaan hari ini memutuskan untuk meliberalisasikan 27 subsektor perkhidmatan berkuat kuasa serta-merta tanpa sebarang syarat ekuiti dikenakan. Ini bermakna syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan tidak lagi terpakai.Mengumumkan perkara itu di sini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, subsektor yang diliberalisasikan itu adalah dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan. Kata beliau, liberalisasi sektor perkhidmatan bertujuan membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. – DI PUNGUT DARI UTUSAN MELAYU

Minggu ini kita terbaca bagaimana Najib Razak terpaksa membuka lagi pasaran Malaysia kepada syarikat multinasional. Kaum pemodal luar negara kini dibenarkan membawa masuk modal untuk melabor dalam 27 subsektor termasuk juga bank dan hospital. Kalau dulu pelaboran luar hanya dibenarkan memiliki kepentingan pelaboran tidak lebih dari 30% kini dinding dan atap itu telah diruntuh.

Ini buktinya bagaimana perancangan kapitalisma global telah berjaya untuk memindahkan harta kekayaan rakyat dari Asia, Afrika dan Amerika Latin ke saku para banker dan pemodal Anglo-Amerika. Inilah buktinya bagaimana dasar pasaran terbuka dapat menerbus masuk ke dalam Dunia Ketiga.

Hujah memberi peluang pekerjaan selalu digunakan sebagai khidmat yang akan kita terima jika kaum pemodal antarabangsa ini masuk melabor. Kapitalis antarabangsa ini juga dikatakan akan membawa modal. Apakah ini betul ? Untuk memahami mari kita melihat dan memahami kembali apa itu duit dan apa itu modal.

Seperti yang telah saya terangkan dahulu duit yang kita gunakan ini adalah fiat money - kertas yang nilainya dipaksakan ke atas kita. Kertas ini dipaksakan ke atas kita kerana kita terikat dalam sistem kapitalis global. Kita menjerut leher kita dengan menerima dasar Bank Dunia, International Monetary Fund ( IMF) dan World Trade Organisation.

Dasar yang diajukan oleh lembaga-lembaga ini tidak pernah berniat untuk membantu kita. Tugas kapitalisma bukan membantu umat manusia tetapi membuat untung. Tidak ada orang yang memulakan satu perniagaan dengan tujuan untuk membantu. Kapitalisma bukan badan amal seperti Food Not Bomb.

Kita selalu mendengar bahawa banyak kilang ditutup di Singapura, Pulau Pinang atau Thailand kerana berpindah ke China atau Vietnam. Kenapa? Kerana upah buruh lebih murah di sana. Inilah buktinya bahawa kapitalisma bukan datang untuk membantu tetapi mencari untung. Jadi hujah mengatakan modal luar membuka peluang pekerjaan terbukti satu dongeng.

Dari mana modal datang? Modal ialah tenaga manusia. Justeru tidak munasabah jika kita katakan Malaysia tidak memiliki modal. Ini bohong. Di Malaysia ada lebih dari 20 juta warga – semua ini adalah modal. Apabila politikus mengatakan kita tidak memiliki modal atau dana – apa yang dimaksudkan ialah kita tidak memiliki kertas dolar.

Juga jangan lupa - keuntungan yang dibuat oleh kaum pemodal antrabangsa akan dibawa pulang ke negara masing-masing. Yang dibawa pulang itu ialah modal. Inilah sebab utama kenapa negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin terus menjadi miskin. Tenaga yang dicurahkan oleh warga dihisap oleh lintah-lintah darat ini.

Kerana kita tidak memiliki kertas dolar maka kerajaan kita ke hulu ke hilar meminjam dari Bank Dunia, IMF, bank-bank dari Eropah atau negara menjual bond. Ertinya kita meminjam duit dari para banker dan pelabur dari luar negara. Mereka sedia meminjamkan kepada kita untuk mendapat untung buta melalui bunga dan riba.

Mari kita lihat satu contoh sejarah yang berlaku di zaman Perang Saudara ( 1861-1865) di Amerika Syarikat. Ketika itu Presiden Abraham Lincoln cukup terdesak. Presiden Lincoln mungkin terpaksa meminjam duit dari para banker di Eropah yang amat bersedia meminjamkan duit dengan riba dan bunga yang tinggi.

Lincoln telah dinasehatkan untuk mencetak duit sendiri agar dapat membebaskan diri dari lintah darat para banker yang sedang memasang lukah di Pasar Selayang. Sebanyak 450 juta dolar - yang dipanggil greenbacks - telah dicetak. Wang ini berjaya membantu Lincoln membayar hutang piutang negara. Amerika di zamam Lincoln telah bebas dari berhutang dengan para banker dari Eropah. Dari segi sejarah ketika Lincoln menjadi Presiden ekonomi Amerika berkembang permai.

Ringgit yang kita gunakan hari ini dinilaikan dengan bandingan kertas dolar. Tetapi kertas dolar yang menilai ringgit ini pada hakikatnya tidak memiliki apa-apa nilai. Majoriti warga Malaysia hanya memiliki nilai keyakinan untuk menjalankan pertukaran melalui ringgit. Kertas ringgit ini bertujuan untuk menyenangkan kita berjual beli tidak lebih dari itu. Kertas ringgit ini juga adalah fiat money yang tidak berasaskan emas atau perak. Ia hanya berasaskan keyakinan warga Malaysia.

Justeru jika sesebuah negara dapat membebaskan dari belenggu kertas dolar maka negara itu boleh mencetak duit mereka sendiri – seperti yang telah dilakukan oleh Abraham Lincoln. Jika negara mencetak duit sendiri maka negara tidak akan memiliki masalah hutang. Kita mencetak kertas ringgit kita sendiri tanpa merujuk kepada Bank Dunia atau IMF. Atau meminjam dari mereka.

Saya yakin warga akan menerima pakai kertas ringgit yang kita cetak untuk kita bersama membangunkan negara. Tidak timbul masalah negara tidak memiliki modal. Tidak timbul masalah negara tidak ada dana. Kenapa kita menjadi bodoh meminjam kertas dolar dari IMF atau Bank Dunia atau menyimpan dolar sebagai duit simpanan negara walhal kertas dolar ini juga tidak bersandarkan emas atau perak. Nilainya dipaksakan ke atas kita.

Amat jelas - Bank Dunia, World Bank dan IMF adalah lembaga kapitalis yang menjual kertas kosong kepada kita. Kenapa kita membeli kertas kosong dengan harga yang mahal walhal kita boleh membuat kertas itu sendiri.

Apa yang saya katakan ini kelihatan cukup enteng. Lalu timbul persoalan – kalau bagini senang kenapa kerajaan tidak melakukan sesuatu? Jawabnya juga cukup enteng – kerajaan Malaysia hari ini sedang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara kita terikat dalam satu sistem kapitalis global.

Perangkap kapitalis global ini telah dipasang oleh kabal Illuminati untuk kepentingan para banker seperti Rockefeller dan Rothschild telah memerangkap kita. Pemimpin politik kita tahu jika mereka cuba membebaskan diri dari sistem kapitalis global ini maka mereka akan dijatuhkan.

Sejarah menunjukkan bahawa United Malays National Organisation ini dinaikkan oleh penjajah British melalui Tunku kerana gerombolan ini tidak akan melawan atau menentang kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Gerombolan ini dipilih oleh British kerana mereka akan menjaga kepentingan kaum pemodal melalui seribu satu macam undang-undang yang bukan bertujuan menjaga kepentingan kaum pekerja dan buruh tetapi menjaga kepentingan kaum pemodal.

Hanya sebuah kerajaan rakyat yang berpaksikan kekuatan rakyat sahaja yang dapat membebaskan diri dari belenggu kapitalis global. Satu ketika dahulu Indonesia dibawah pimpinan arwah Bung Karno adalah contohnya. Iran di bawah pimpinan arwah Mussadigh satu lagi contoh.

Hari ini contoh terdekat ialah Cuba yang dipimpin oleh Castro, Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-il , Venuzuela di bawah Chavez dan Iran di bawah Ahmadinejad – adalah negara-negara yang cuba membebaskan dari sistem kapitalis global. Lihatlah berapa banyak konspirasi dan propaganda telah, sedang dan akan dilakukan untuk merobohkan benteng ekonomi negara-negara ini. Modal global melihat negara-negara yang ekonominya berdiri bebas sebagai musuh mereka.

Lalu persoalan timbul kenapa kita semua tidak melakukan sesuatu dan membiarkan diri kita terus ditipu bulat-bulat untuk sekian lama?

Sesiapa yang berani mengeluarkan soalan seperti ini maka susuk ini adalah susuk yang memiliki fikrah merdeka. Susuk ini berfikiran progresif kerana ingin membebaskan diri dari belenggu kapitalisma. Susuk-susuk yang sedar dan tidak mahu ditipu oleh kertas dolar. Jika semakin ramai yang menimbulkan soalan ini ada kemungkinan Malaysia negara kita ini akan menuju ke zaman pencerahan. (TT) -

Penulis: Walaupun penulis takut-takut nak keluarkan artikel ni..Namun ade benarnya juga apa yang tertulis..Dan kebenaran ini perlu disebarkan..walaupun hanya sedikit yang menyedari..kita masih belum terlewat...

Sumber: Hanief.blogspot

Virus selsema dan peringatan untuk manusia


Dunia sekali digemparkan dengan penyakit maut yang membuatkan manusia tak boleh duduk diam terutama para saintis dan doktor..Virus hasil olahan DNA H5N1 kepada H1N1..dan perubahan ini terhasil di badan babi..Menurut buku harun yahya yang penah saye bace, babi ni merupakan perumah untuk virus menukarkan kod DNAnya..Sel babi adalah sel yang paling sesuai untuk virus berubah dan beradaptasi dengan persekitaran yang mengancamnya..para pengkaji mungkin sudah jumpa penawar H5N1, kini virus ini mengubah diri untuk tidak dikenali oleh penawar ini..Same la macam virus komputer..kalau ubah sikit je kodnye, antivirus dah tak leh cam..huhu..cukup menakutkan..Bayangkan jika virus HIV pula yang masuk dalam badan babi dan mengubah kod DNAnya..HIV sekarang pon kita tak dapat cari penawar...Inikan pula HIV yang dah jadi lain...Nuzubillah..Inilah hikmah kita diharamkan pegang apatah lagi memakan babi..sudah terbukti keburukannya sebenarnya sejak dahulu lagi..Semoga kita semua dilindungi...
Posted by Insan Biasa at 2:00 PM 0 comments  

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png