Jadilah Golongan Ini..

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung"{Surah Ali Imran : Ayat 104}

Guru Pembina Negara Bangsa

5/15/09

Esok merupakan hari untuk mengenang jasa guru. Hari untuk memberi penghargaan kepada pendidik ini dalam cabaran mereka mendidik anak bangsa. Hari untuk menyemai sifat menghormati orang yang berilmu walau di mana jua kita berada. Juga hari untuk membawa masyarakat bermuhasabah bagaimana mereka dahulunya dipimpin oleh seseorang yang bergelar guru. walau setinggi mana pun pangkat yang telah dicapai.

Cabaran Guru

Sememangnya cabaran guru masa kini sangat berat berbanding guru terdahulu. Guru-guru perlu berhadapan dengan masyarakat yang sedang dilalaikan dengan arus pembangunan yang meruntuhkan nilai moral dan rohani manusia. Guru yang berhadapan dengan pelajar yang penuh dengan sifat ingin tahu dan adalah sangat malang jika sifat ingin tahu ini tersaji dengan perkara yang negatif dan merosakkan pemikiran mereka. Guru juga berhadapan dengan pelbagai sistem sekular yang kadang kala menidakkan peranan mereka sebagai pendidik dan sering dipandang enteng. Peranan guru bukan sahaja untuk memastikan pelajar memperoleh A dalam subjek yang diajar. Tetapi membolahkan mereka menjadi manusia yang berguna dalam masyarakat. Semua subjek, Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Agama Islam dan pelbagai lagi bukanlah sesuatu yang diajar sebagai teori semata-mata. Tetapi bagaimana pelajar ini boleh mengadaptasi ilmu itu dalam hidup mereka. Bukan sekadar mengajar, tetapi mendidik.
Posted by Insan Biasa at 2:31 PM  
2 comments
Anonymous said...

bina Negara Islam dlu baru betul...
klo negara bangsa, bangsa apa?
bangsa Indu?
bangsa Bangla?
bangsa Melayu?.... Jauh sekali...

May 21, 2009 at 8:20 AM  
bakal guru said...

betullah tu...bina negara Islam..tak salah..Itu cuma slogan yang ditulis oleh kerajaan..kalau tengok teks tu..takde pon penulis kate setuju dengan slogan tu...sebab kite dah terlampau terikut idea nasionalis penjajah...asik2 nak pejuangkan bangsa..agama bleh lupe...nauzubillah

May 21, 2009 at 5:22 PM  

Post a Comment

Mutiara Kata

"Ayam di kepuk mati kelaparan, Itik di air mati kehausan; Alah sabung menang sorak, Ayam menang kampung tergadai," Aminuddin Baki, Pencetus GPMS
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjdEnBN4V4CGW5opiEerpYosiJQ0M2hpI3oe7jYotLrYzqloJZqj2dTfvmF0tpWbyYbCEJbkE5oXASmwUR8R1UVtzVrUD7fr2ZJHVLGTi0c1ziBPI421oxUo3UGX9ooH45aqGRV1kwBzaWE/s1600/welcome_03.png